Wednesday, December 19, 2012
Tuesday, December 11, 2012
Mereka yang dilupakan.
Kelibat mereka telah dilupakan.Bahkan lebih teruk daripada itu,langsung tidak dipedulikan.Memang terbukti kehangatan kita bersaudara cuma bermusim.Cuma tahu mengambil keuntungan disaat saudara-saudara kita dalam derita.Sekali meletus,kitalah orang pertama yang menulis status dimuka buku mengecam tindakan sang penguasa terhadapsaudara seagama.Kitalah orang pertama yang melakukan piket-piket jalanan.Kitalah yang pertama menganjurkan solat-solat hajat.Kitalah orang pertama yang menganjurkan forum-forum.Kitalah kitalah...
Dan setelah itu,dimana kita? Apakah kita tahu dan ingin mengambil tahu mengenai nasib the forgetten people ini yang juga saudara seagama kita?
MEREKA YANG DILUPAKAN
Tidak ramai yang peduli nasib etnik Rohingya dari segi makan minum mereka, masa depan sosial, taraf pendidikan apatah lagi mahu membela sejarah mereka yang absah di bumi Arakan.
Semasa Setiausaha MAPIM, Cikgu Hj Azmi

bin Abd Hamid menulis surat menggesa supaya diambil tindakan terhadap kekejaman Ranggon terhadap rakyat Rohingya selepas tercetus konflik mutakhir 3 Jun 2012, jawapan dingin sahaja yang diperoleh. ASEAN, PBB, OIC, malah Aung Su Kyi hanya membisu dan tidak membalas sebarang surat yang dikemukakan oleh NGO Malaysia. OIC dan PBB hanya bersuara selepas sebulan penyembelihan rakyat Rohingya berlaku. PBB pula jelas menunjukkan sikap bacul apabila mengosongkan pejabat mereka di Myanmar ketika tragedi berdarah tersebut berlaku.
Baru-baru ini saya berkesempatan berada dalam satu program bersama Cikgu Azmi dan rombongan dari MAPIM. Beliau pada malam itu banyak memberi fokus dan membicarakan tentang ROHINGYA.
Sebab apa? Kerana meraka adalah :
“ THE FORGOTTEN PEOPLE ”
Keadaan Rohingya dan Gaza adalah berbeza kerana Gaza dikala peperangan meraka mempunyai KEUPAYAAN UNTUK MEMBALAS sedangkan perkara itu tidak terdapat pada Rohingya.
Apa yang berlaku?
• Mereka tidak dibenarkan menyimpan walaupun sebilah pisau
• Telefon bimbit (handphone) juga tidak dibenarkan disimpan
• Mereka dibunuh dengan cara : Setiap kampung akan dikepung oleh tentera dan polis serta mereka membenarkan extrimis militan Buddis untuk masuk setiap rumah dan memotong kaki semua yang ada di dalam rumah itu termasuklah anak kecil. Setelah selesai memotong kaki di kesemua rumah di kampong itu, mereka akan pergi semula ke rumah yang pertama tadi dan menyembelih mereka yang telah dipotong kaki tadi dan dibakar rumah itu.
Cikgu Azmi berkesempatan menemuramah Pegawai Menteri Luar Myanmar.
C.Azmi : Why do you kill Rohingya?
Pegawai : Because there are Muslim
Cikgu Azmi bertanya sekali lagi kepada pegawai itu untuk kepastian akan jawapan tadi.
C.Azmi : Why do you kill Rohingya?
Pegawai : Because there are Muslim
C.Azmi : What’s wrong with Muslim?
Pegawai : We don’t want to repeat the histoty of Malaya and Indonesia
(Malaya dan Indonesia pernah menjadi Negara Hiddu-Budda sebelum ini)
Sekarang kita lihat kronologi peristiwa yang berlaku :
1948 - Seramai 200,000 orang telah dibunuh
1962 - Dibunuh lagi hampir 400,000 orang dalam 19 operasi
1980 - Dari 1962-1980 umat Islam yang asalnya berjumlah 4,000,000 orang kini tinggal 800,000 orang setelah dibunuh, ditangkap, ditahan dan diusir
Apa lagi yang terjadi?
• Mereka tidak mahu benih orang Rohingya terus ada di bumi Myanmar lalu diistiharkan peraturan mereka tidak boleh berkahwin.
• Masyarakat Rohingya tidak dibenarkan bergerak dari 1 kampung ke 1 kampung
• Anak-anak tidak dibenarkan ke sekolah.
• Semua tanah dan ternakan dirampas. Sekiranya ada yang tidak dirampas, setiap ternakan yang bertelur/beranak perlu dilaporkan kepada balai polis seperti ini
“ Tuan, ayam tuan telah bertelur ” (tidak boleh disebut ayam saya ; sedangkan memang ayam mereka)
Kita lihat :
JUN 2012 : 57,000 orang telah dibunuh dalam masa 2 minggu. Kalau kita lihat di Syria, dalam tempoh 1 tahun setengah hanya seramai 20,000 ribu yang telah terbunuh.
RAMADHAN : Hanya 300 masjid yang tinggal setelah 1300 masjid telah dibakar sejak dari tahun 1948. Tidak dibenarkan solat Fardhu dan Jumaat di masjid.
AIDILFITRI : Masyarakat Rohingya hanya dibenarkan solat di sebuah masjid sahaja. Masjid dikepong oleh Polis dan HANYA SEORANG SAHAJA yang dibenarkan solat di dalam masjid (bergilir-gilir)
Selain itu, apa lagi yang berlaku?
• Kedai-kedai orang Islam dibakar
• Ketika MAPIM ke sana untuk memberi bantuan, mereka berkata : Tidak perlulah menghantar bantuan berupa wang kerana mereka sendiri pun tidak dibenarkan untuk membeli di kedai-kedai orang Buddha.
• Purata 35 orang mati pada setiap hari akibat kebuluran termasuk anak-anak.
MISI BANTUAN | FROTILLA TO ARAKAN
• Pada 20 Januari 2013 seramai 300 orang menyertai melibatkan 37 buah Negara dan 150 Media Antarabangsa termasuklah sahabat kita dari Gaza.
• Ada sahabat dari Gaza ingin turut serta :
Sahabat Gaza : Cikgu, we want to follow you to Frotilla
C.Azmi : Brother, your situation is bad enough. We would understand.
• Tapi apa kata mereka ? (ada emel yang dihantar kepada C.Azmi)
“ You can hold on for a while assistant to Gaza and please give channel it to Myanmar ”
• YA, memang Gaza teruk keadaannya. But they feel for their brother. They said :
“ Please help them, we can wait ”
Mesej ini bukan menyeru agar hentikan sebarang usaha berkaitan Palestin, tapi jangan pandang sebelah mata isu umat Islam Rohingya yang merupakan Palestinians of the East.
• 4 kemungkinan yang akan berlaku kepada Frotilla To Arakan.
o Sampai di perairan Myanmar dan mereka tidak benarkan masuk
o Mereka benarkan masuk dan segala barang akan dirampas
o Mereka benarkan masuk dan mendakwa Frotilla menceroboh
o Mereka serang
Sejarah Arakan, Myanmar : http://www.mapim.org/sejaraharakan/
Program Bantuan (Frotilla To Arakan) :https://www.facebook.com/Flotilla2Arakan
Bagaimana Anda Boleh Membantu Rohingya :http://www.mapim.org/danarohingya/
Kita berharap agar misi Frotilla ini berjaya membuka mata dunia akan kesengsaraan yang terjadi kepada saudara kita di Myanmar.
Cerita ini bukan sekadar untuk kita bersedih sahaja dan untuk membuatkan kita rasa marah. Kita perlu Tanya diri kita, apa yang mampu kita lakukan untuk menolong mereka?
Sama-samalah kita terus membantu mereka dengan bantuan fizikal dan material. Jangan lupa mendoakan mereka semua. Paling kurang kongsilah (SHARE) cerita ini bersama-sama dengan yang lain agar mereka turut tahu.
Apa yang penting bukan sekadar kita seorang sahaja yang tahu, tetapi kita mahu sahabat-sahabat kita yang lain turut tahu dan ambil tahu tentang isu ini.
PAGE FROTILLA TO ARAKAN : https://www.facebook.com/Flotilla2Arakan
* Saya ada kongsikan beberapa video berkenaan Rohingya di ruangan komen pertama hingga ke 5 di status asal.

- MUHAMMAD FARIS BIN ZULKHARNANE -

Monday, November 19, 2012
Melaknat?
Telingaku paling alergik mendengar caci mencaci,kata-kata kotor apalagi umpatan melaknat.Tak ada yang berhak melaknat manusia kecuali Tuhan.Manusia jelas-jelas telah dimuliakan oleh Tuhan.Tanpa membezakan siapa pun dia.Semua manusia telah dimuliakan Tuhan sebagaimana tertera dalam al-Quran, Wa laqad karramna banii Adam .dan Kami telah memuliakan keturunan bani Adam! jika Tuhan telah memuliakan manusia,kenapa masih ada manusia yang mencaci dan melaknat sesama manusia?Apakah ia merasa lebih tinggi martabatnya daripada Tuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)